Total Tayangan Halaman

Kamis, 19 April 2012

Wanita Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik, Begitupun sebaliknya




Assalamualaikum buat bakal suamiku..
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. 
Biarlah aku hanya cantik di matamu. 
Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki 
andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki
sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki 
bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu
 seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki 
yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu 
yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? 
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain..
aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku..
 Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku..
kerana itulah yang dituntut oleh Allah..

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku..
aku juga perlu menjadi perempuan yang baik...
Bukankah Allah telah menjanjikan
 perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja..
 aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi..
 Namun setiap kali perasaan itu datang, 
setiap kali itulah aku mengingatkan diriku 
bahawa aku perlu menjaga perasaan itu 
karana ia semata-mata untukmu.

 

Allah telah memuliakan seorang lelaki
 yang bakal menjadi suamiku 
untuk menerima hati dan perasaanku yang suci.
 Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain.
 Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji 
oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku..
 Aku dengan tegas menolak, 
berbagai macam dalil aku kemukakan, 
tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu.
 Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu..
 Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu.
 Malah aku yakin pada gerak hatiku..
yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet 
cerewet dalam memilih pasangan hidup..
 Siapalah diriku untuk memilih permata..
 sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan
 seperti wanita yang lain,
 dilamar lelaki yang bakal memimpinku 
ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, 
juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam,
 atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad SAW, 
yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz..
Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. 
Itu janji Allah...Akan tetapi,
 selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah..
selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu
 karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan..
 Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan 
yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak..
 Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai..
 andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi..
 kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,
 mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. 
Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, 
andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.


Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu
 kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. 
Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa...
 Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, 
didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya,
cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. 
Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, 
kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, 
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, 
insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita..
ku ingatkan diriku dan dirimu..
peliharalah diri dan jagalah kesucian.. 
semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi 
dan memberkati perjalanan hidup ini..InsyaAllah..


Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin...



Wanita..
Diciptakan dari rusuk lelaki..
Bukan dari kaki untuk dialasi..
Bukan dari kepala untuk dijunjungi..
Tapi dekat di bahu untuk dilindungi..
Dekat jua di hati untuk dikasihi..
Wanita solehah..sebaik2 perhiasan duniawi..

  
Wahai adam..
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..

Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok 
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah 
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta 
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak 
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya 

Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya 
dengan nafas alunan suci Quran...


Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam, 
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan, 
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi 
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha 
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Wahai lelaki...wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahagiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥

Wahai lelaki yang punye peranan besar..
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu.... ♥