Wanita..
Diciptakan dari rusuk lelaki..
Bukan dari kaki untuk dialasi..
Bukan dari kepala untuk dijunjungi..
Tapi dekat di bahu untuk dilindungi..
Dekat jua di hati untuk dikasihi..
Wanita solehah..sebaik2 perhiasan duniawi..
Wahai adam..
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah &
sayang..
Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa
wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan
hawa..
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang
bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki
itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh
Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh
Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan
akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah
kasih dan sayang Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal
Rabbinya
Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri
kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah
Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali
karamallahuwajhah...
Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap
hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran...
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..
Wahai lelaki...wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan
meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling
membantu
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur
kebahagiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥
Wahai lelaki yang punye peranan besar..
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh
hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik,
kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia,
bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya,
terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai
bidadarimu.... ♥
1 komentar:
Assalamu alaikum wr wb
Salam kenal, nama saya Azis. Saya mau izin pakai kartun di gambar ini (http://4.bp.blogspot.com/-LXlDZLQaO80/T4-sOjs9VRI/AAAAAAAAAJ8/bZ9P6jz3a78/s1600/kartun.jpg) untuk undangan pernikahan saya.
Jazakumullah khair
Posting Komentar